card-walimah-copycard-walimah-back-copy

Ahlan Wa Sahlan

December 25, 2008

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. (Al-Ruum : 21)

Assalamu’alaikum w.b.t.

Allah pernah menjadikan Adam itu bersama Hawa,
Menjadikan Muhammad s.a.w. bersama Khadijah,
Menjadikan Fatimah itu untuk Ali k.w.,
Disebalik ikatan itu, iman tersubur, rahmah tersebar, qudwah berkembang.

Atas matlamat yang sama, sukacitanya kami…

Saifuddin bin Khalid
dan
Intan Sofia binti Omar

Ingin menjemput saudara/saudari menghadiri majlis perkahwinan kami
Butir-butir majlis perkahwinan boleh didapati di sini:

Walimah pihak perempuan (7 Feb 2009)

Walimah pihak lelaki (8 Feb 2009)

Harapan

Kami amat-amat berbesar hati untuk menerima kehadiran anda ke majlis walimah kami.

InsyaAllah, kehadiran anda semua ke majlis walimah kami bakal menyerikan lagi hari yang bermakna buat kami ini.

Semoga perkahwinan kami nanti dipermudahkan dan membawa kebaikan dan berkah kepada semua.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.